Monday, 30 May 2011

Fly~~~~~~

Hati-hati dengan PEMIKIRAN anda 

ia akan menjadi PERCAKAPAN anda

Hati-hati dengan PERCAKAPAN anda

Ia akan menjadi PERBUATAN anda

Hati-hati dengan PERBUATAN anda

Ia akan menjadi KETERBIASAAN anda

Hati-hati dengan KETERBIASAAN anda 

Ia akan menjadi SIFAT anda

Bertindak TANPA BERFIKIR hanya akan
mengundang PADAH pada diri sendiri


Tajuk entry xkena langsung :P

*P/s: Sekadar renungan wif all cinta in my heart!!!! 

Sunday, 29 May 2011

MIL Datang!!!!!

Great weekend guys!! On 27th my mum in law (MIL) telah bertandang ke teratak buruk kami bersama my sis in law (SIL) Ani & Diya, Anis (Ani's doter), Anas (Anis's son) & Tizz (MIL adopted doter)..Mereka sampai 27th petang..so we had dinner together!! Saya awal-awal lagi dah belikan utk MIL pucuk ubi sebab dia memang tersangatlah gemarkannya..So, menu utama adalah masak lemak pucuk ubi & sotong goreng cili api..haha fyi my FIL memang suka sgt makan sotong kaw2 pedas yg dimasak oleh saya...maybe sedap sgt kot!! klu balik Melaka pun my SIL akan request utk saya masak sotong tu!! Padahal menda simple je pun!! Campak2 aje!! Da jadi lauk ko!!! Apa pun meh saya nak kongsi laa resepi 2 masakan yang saya dah mention kat atas... Taraaaaa!!!


Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi 

Bahan-Bahan : 

1. Pucuk Ubi (Direbus dulu)
2. Kunyit hidup / cili padi (klu nak pedas taruk banyak) / Bwg Putih - Tumbuk halus
3. Ikan Bilis - Tumbuh kasar2
4. Santan 
5. Garam/Gula/ Serbuk Perasa


Cara-Cara Nak Masak : 

1. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk ke dlm santan..Kacau  atas api hingga mendidih.
2. Masukkan pucuk ubi yg telah direbus.
3. Tambah garam/gula/serbuk perasa
4. Kacau hingga masak. 



Sotong Goreng Cili Api Pedas Kaw2..

Bahan-Bahan : 

1. Sotong - Gaul dengan garam/kunyit
2. Cili padi (klu nak pedas taruk banyak) / Bwg Putih - Tumbuk halus
3. Bawang - Potong Bulat
4. Gula/ Serbuk Perasa
5. Kicap Manis - 1 sudu
6. Minyak utk menggoreng - 3 sudu


Cara-Cara Nak Masak : 

1. Goreng sotong yg telah digaul garam/kunyit sehingga masak. 
2. Masukkan bahan yg telah ditumbuk.
3. Tambah gula/serbuk perasa.
4. Masukkan bawang yg telah dipotong bulat & kicap manis. 
4. Goreng hingga garing.





Hurm..diaorang kata sedap. Mungkin sebab saya memasak wif all cinta in my heart to yg sedap kot!!!

Friday, 27 May 2011

Karak - Laluan Puaka

Hai guys..semalam pego tengok movie terbaru dari Yusry..ape lagi kalau bukan Karak-Laluan Puaka..Wah bagi kawan2 terdekat mesti tak sangka yg saya akan tengok movie ni sbb semua tau yg saya ni seorang yg sangat tak berani a.k.a penakut hahaha tapi memandangkan movie tu mcm best aje jadi saya pun pergi laa menonton bersama2 kwn2 ofis Gee, Ika & Abg Zam...

Movie arahan Yusry ni dilakonkan oleh Shahir, Shera Aiyob, Along Ezyendy & Killa Fairy..Walaupun semua pelakon baru tapi lakonan mereka tak menghampakan. Apa yg saya suka tengok watak nakal Shahir yg suka mengusik si Along tuh!! Tapi part2 feeling tu xbleh blah tgk muka dia. Hehehe but overall ok!!! Cerita ni ok la!! 30 minit pertama tu memang asyik terkejut ajelaa..tapi ending nya!! Haissshh!! Tapi cerita mcm lari dari tajuk laa...Saya ingatkan cerita pasal hantu2 di sepanjang hiway Karak tapi rupanye bersambung plak citer hantu dlm hutan...Hurmm!!! Mungkin dlm hutan Karak je kot ada hantu  tu!!! :-p


Apa pun..saya mencadangkan wif all cinta in my heart silalah menonton ya kwn2!!!!

Thursday, 26 May 2011

Tazkirah Jumaat : Gangguan Syaitan Di Kala Kita Solat & Ingin Melaksanakan Solat

Assalamualaikum wbt sahabat2 semua. Sekadar untuk berkongsi bersama anda. Inilah gangguan syaitan pada saat kita solat atau ingin melaksanakan solat.


1.Tidak menunaikan solat, ALLAH gambarkan dalam Al-Quran
“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)”.(Al-Maidah:91)

2.Malas melakukan solat

3.Kadang2 solat (solat kalau ada masalah aja, NA’UZUBILLAH)

4.Menundakan solat (ala tinggal sikit jer ni, boss ko kata urgent kena buat segera ni)bisikan syaitan

5.Sibuk urusan lain semasa tiba waktu solat

6.Lupa solat (asyik main game, best kan game ni, kata setan)

7.Mengantuk & menguap berkali2 semasa solat (selesai solat hilang ngantuk)

8.Terburu- buru,seperti ayam patuk jagung (janji kau sembahyan, kata syaitan)

9.Solat sambil mengingat urusan dunia

10.lupa bacaan solat “hatta yansa kam rakaatan” sampai lupa sudah berapa rakaat, ALLAH abadikan dalam Al-qur’an

“Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan.
Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi.(Al-mujaadilah:19)

11.Tidak ada kemahuan untuk mmperbaiki pemahaman,hafalan & bacaan solatnya.

Sesungguhnya sama-sama lah kita renungkan perkara ini bersama. Wif all cinta in my heart!!!!

Aleesha Farhana Katanya........ ‎(@_@)

Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 18 Julai depan untuk keputusan.
Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama.
Dalam prosiding akhir di mahkamah semalam, Horley dalam hujahnya berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan daripada Pusat Perubatan Pantai (PMC) dan Hospital Putrajaya layak menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand.
Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain. Mohd Ashraf Hafiz juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.
Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Mohd Ashraf Hafiz seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung. – Berita Harian

Wah..terkujat (terkejut + terkulat2) saya masa dgr berita semalam pasal citer kat atas. Apa suda jadi ni? Aleesha Farhana katanye..Nama nak ikut novel memanjang. Tak kuasa mak!! So apa komen anda semua pasal menda ni? Saya tak mampu utk berkata2 lagi....perasaan terkujat masih menghantui diri ini... Pesanan utk semua lelaki di luar sana..klu ader gegirl Aleesha Farhana yg nak berkenalan..selidik dulu tau...Mana tau kot2 tetibe Aleesha ada halkum!! Pesanan ikhlas wif all cinta in my heart tau!!!!

Wednesday, 25 May 2011

Kembali Berblog


Halluuuuuu!!!! I'm back guys!!! 
Wif fresh look!!! Huhu fresh kah? Ok laaa!!! 
Can do la kot!!!!! Ape pun nantikan hapdet2 from me ok!!! 
Rasa ingin berblog kembali membuak-buak...
Tapi tak tau tahap pembuakan ni berterusan atau tak!!! 
But dis time setiap post come Wif All Cinta In My Heart


Ok laa...c u later guys!!! I love you!!!