Sunday, 20 November 2011

Baby Nak Membesar

Hai... saya ada terbaca artikel berkaitan dgn tumbesaran baby2 ni...pada saya artikel ni menarik utk dikongsi bersama dan dibaca terutama ibu-ibu yang mempunyai baby.. :) Artikel ni eceli merangkumi keseluruhan bagi bayi yang berusia sehingga 36 bulan..tapi saya hanya memkopipes kan bagi usia antara 0 - 12 bulan shj...hihiihihi xpe kan..??? Apa yg perlu anda lakukan bagi memastikan bayi mendapat pendidikan serta dapat mempercepatkan minda mereka?

 

Belajar Sambil Bermain

Pada peringkat perkembangan 6 bulan pertama, bayi banyak belajar daripada persekitarannya terutama melalui interaksi antara anda dengannya. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bayi belajar melalui permainan. Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan bayi, anda sebenarnya mengajarnya lebih banyak perkara mengenai diri anda, dirinya sendiri dan persekitarannya. Setiap aktiviti permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yang berbunyi memberi kesan terhadap perkembangan derianya. Bayi belajar memfokus penglihatan dan pendengarannya terhadap objek berkenaan. Sekiranya aktiviti ini diulang-ulang, bayi akan belajar menggoncang alatan dan menyebabkan berlaku kebisingan.
Antara perkara yang boleh anda lakukan dalam ‘mengajar’ bayi anda adalah:
  • Lakukan aktiviti yang boleh merangsang 5 deria utama manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan.
  • Sentiasa memberi perhatian padanya melalui eye contact semasa bercakap dan bermain dengannya.
  • Bantu perkembangan bahasa dan visualnya dengan menunjukkan padanya sesuatu objek nyata seperti botol, menerangkan padanya mengenai objek berkenaan dan sentuhkan tangannya ke objek itu.
  • Ajarkan mengenai kepelbagaian emosi dengan menggayakan ataupun membuat mimik muka seperti gembira, sedih dan sebagainya.
  • Perkenalkan kepelbagaian padanya dengan menunjukkan objek yang sama dalam warna dan bentuk berbeza ataupun menyanyi pelbagai lagu supaya bayi tidak mudah bosan.
  • Beri respons terhadap sebarang pergerakannya. Contohnya sekiranya bayi menangis, dakaplah bayi dan sekiranya bayi tersenyum, senyum dan ketawa bersamanya. Ini akan memberi bayi keyakinan ia boleh mengawal persekitarannya.

Bayi Baru Lahir Hingga 4 Bulan

Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan apabila bayi menangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang dan menggapai-gapaikan tangan-nya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satu stimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakan ototnya. Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan sentiasa mendukungnya kerana ia membantutkan usaha penerokaannya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Sekiranya anda mampu, anda boleh menghiasi persekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagai warna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan kerana dikhuatiri akan menjerut lehernya ataupun mengakibatkannya tercekik. Antara aktiviti permainan mudah yang boleh anda lakukan dalam merangsang bayi anda adalah: Gerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda.Sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Per-hatikan responsnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat senyuman di bibirnya. Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan mem-bawanya keluar bersiar-siar di halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.

Bayi 4 bulan hingga 6 bulan

Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi mampu melihat dalam jarak yang dekat. Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya.
Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:
  • Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidani yang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya.
  • Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi sekiranya ditekan.
Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat segi dan sebagainya.

Bayi 6 bulan hingga 1 tahun

Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegap malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya juga begitu menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya sendiri.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:
  • Dapatkan mainan yang ada elemen memeranjatkan. Contohnya, kotak yang apabila dibuka akan mengeluarkan badut dan sebagainya. Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi anda terperanjat sehingga mencederakannya ataupun melukakan dirinya.
  • Anda boleh memperkenalkan muzik kepadanya. Dapat-kan alat mainan seperti drum, tamborin dan sebagainya.
  • Ajarkan kepada bayi anda bermain sorok-sorok. Permainan di mana sorokkan mainan kegemarannya di bawah tilam dan lihat reaksinya.
Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra. Bahasa juga penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara.
Bayi yang selalu menangis tentu kurang berkebolehan menerima persekitaran serta orang sekelilingnya. Ada ibu bapa yang membiarkan anak menangis sendirian dan cara itu perlu dielakkan. Sebaiknya, ibu bapa memujuk dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka atau mendodoi dengan mesra.
Bermain dengan bayi amat digalakkan. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira. Selain itu, persekitaran bayi boleh diperkayakan dengan melakukan pelbagai bunyi menarik seperti lagu dari peti muzik atau gambar berwarna warni. Untuk merangsang bayi ibu bapa digalakkan berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan bahasa dan minda.
Justeru itu, ibu bapa digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika berinteraksi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi perkembangan kognitif atau inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa.


Ibu

Ibu..Emak..Ummi..Mama..Mummy....semua ini membawa maksud yg sama...Ibu insan yg paling istimewa dlm hidup setiap insan di muka bumi ini..Teringat dulu, masa kecik2 bkn main lagi saya melawan ckp ibu..Degil..xnak dgr nasihat mak...Haisshhh tak baik betol dose... Teringat plak mase saya berumur 6 tahun, masa tu kami stay kat Segamat..saya bermain dgn bijik saga...tau x bijik saga tu ape??bijik saga tu kecik aje kaler merah..ala yg pepatah tu "yg kurik itu kendi, yg merah itu saga" kui3x ok ke saya mendetailkan bijik saga tu?klu  tak paham gak silalah google image biji saga yer hikhikhikhik...Eh dah menyongsang jauh plak..lain nak cerita, lain lak kuornye!! Ok straight to de point..masa saya main bijik saga tu, arwah mak ckp "Jgn masukkan pulak bijik saga tu dlm lubang hidung" hikhik saya pun kate "ok" & terus masukkan biji saga tu dlm lubang hidung..yelah sape suruh mak beri idea tu kat saya kan?hikhikhikhik ape lagi bawak pi klinik laa tarik kuor...tu laa sape suruh menderhaka ckp ibu..kan da dpt balasan..cash tauu?? huhuhu tu laa dipikir2kan balik, klu 7 orang anak mcm arwah mak saya, 7 pe'el nak kena layan..haisshhh saya yg baru sorang anak ni dah macam nak naik hantu da menjageenyee !!! hahaha tu baru umo 5 bulan tu...lum masuk bab2 lain..Haaaaisshh baru skang laa tau betapa besarnye pengorbanan arwah mak saya dulu menjaga kami semua 7 beradik...Selalu kena muhasabah diri supaya sentiasa bersabar melayan karenah anak saya.

Tapi sekarang bila dah besar2 ni..and da pegang title ibu tu sendiri baru laa tau betapa peritnya nak membesarkan anak ni..Tapi alhamdulillah saya dibantu oleh suami yg sgt memberikan kerjasama terutama dalam hal menjaga anak waktu mlm..Biasanya suami akan ambik syif malam laaa..tapi so far anak kami takdelaa bangun malam pun kecuali nak susu aje.Bila time nak susu tu tak bley wat ape laaa..mmg task saya laa kan!! Suami mmg  takkan wat susu punye!! Fyi anak saya tak bf..minum susu botol sajeeee :) jadi saya bancuh susu dan bgkan pada hubby! hikhikhik ..

Oklaa enuff about dat..saya nak ceritakan serba sikit laa dan berkongsi pendapat tentang ibu-ibu yg ada di dunia ni..terbuka hati saya untuk berkongsi dgn anda semua bila membaca entry my fren Pn Farrah berkaitan peranan ibu ni..Ibu kandung, ibu tiri, ibu mertua mahupun ibu angkat...semuanya ibu!! Dlm 1 artikel menyatakan ibu kandung jelas di dalam Al-Quran dinyatakan tdk akan sama dgn yg lain..Betulla tu..dia yg melahirkan anaknya..sebagai ibu kandung adalah menjadi kewajipannya utk menyayangi, mengurus dan mendidik anaknya tapi bagi ibu tiri itu bukan kewajipan..

Walaubagaimanapun, jika seorang ibu tiri itu menjalankan tanggungjawabnya kepada anak tiri seperti anaknya sendiri, maka adalah berdosa sekiranya seorg anak menyakiti hati ibu tirinya. Dosa itu sama besarnya jika kita turut menyakiti ibu angkat atau ibu mertua...Subhanallah dlm Islam mentaati ibu itu adalah perkara wajib. Maka dlm konteks ini juga termasuk kpd ibu angkat kpd seorg anak yg memeliharanya dari kecil dan berpenat lelah membesarkannya. Anak angkat juga wajar mentaati dan berbuat baik kepada ibu angkatnyaa..Masya Allah..mulianya nilai diri sbg seorg ibu itu...Sehingga kini saya masih tdk fhm mengapa ada sanggup membunuh anak sendiri, mnebuang bayi yg baru dilahirkan, mendera dll lagiii...sesungguhnya berbuat baiklah kepada ibu bapaa...tak kira samada ibu bapa kandung, mertua, angkat mahupun tiri...:) Wallahualam wif all cinta in my heart...

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga


Air Mata Ibu
Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu

Monday, 14 November 2011

kena hon laaaa...

1 kali hon pendek - pemandu tu nak cakap “HAI”

2 kali hon pendek - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

3 kali hon pendek- pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

1 kali hon panjang - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

2 kali hon panjang - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”

4 kali atau lebih hon pendek - pemandu tu cakap ;

“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

lalalalalalala

Pagi tadi otw nak pegi keje, pasang laa my peberet Sinarfm dok dgr celoteh SY, KE & Krill tuh..hikhik tiber2 dorang pasang lagu ni plak.. :) Sukeeeee sgt!! Lagu ni antara peberet laaa...suke dgr tapi saya jrg nyanyi..Tapi baru sat tadi saya nyanyi lagu ni kat opis...Huhuhuhu sgt meninggalkan kesan di dalam hati laaaa...


Sunday, 13 November 2011

Aidil Adha...Selamat Hari Raya

Hikhik still relevan ke nak wish Selamat Menyambut Aidiladha ni? Da seminggu berlalu..So how was your raya? My raya just so-so only...Meriah dgn gathering adik-beradik laa..Ape lagi kan? Masa kecik dulu klu mereka-mereka yang ada adik-beradik ramai, mesti asik gadoh aje kan?Same laa ngan my siblings..org tu mcm ni, org ni mcm tu...yg ni plak mcm2...saya jer yg baik hikhikhik :P (sgt perasan hoccay)!! Tapi kan, sedar tak sedar, bila mempunyai siblings yg ramai ni tersangat laa bahagianye!!! Masih dgn perangai masing2 tapi as for my siblings, bila da besar ni masing2 takde laa nak wat hal sendiri...sumenye masih ade feelings of "family man" hehehe ntah btol dok ke saya punye pembayangan (lagi ayat ntah hape2)....Hikhik kami bahagia 1 keluarga...

Ok laa..meh saya story skit pasal peristiwa hari raya tuh.. Ari Sabtu tu saya ngan hubby bertungkus lumus mengemas rumah, mop lantai, tuko deco umah..hikhikhik nak raya laa katakan..mestilah nak umah yg kemas dan bersih kan?? Musti2x...Tapi sambey berkemas sambey bergulut dgn Fiesya laa..dia pun sebok nak berkemas skalik.:) Da petang baru siap kemas..dlm pukul 4 lebey gitu...Then pas siap berkemas tu ape lagik, saya berperang laa memasak utk menu pagi raya...Ketupat segera tu awal2 lagi saya dah rebus...Then siapkan kuah kacang ngan rendanga ayam..setel keje.

Alhamdulillah...abg saya dari Ipoh selamat sampai ke umah dlm kul 8 mlm gitu..seronok berjumpe anak2 sedara saye...Iman & Adam..sgt cumel..hurmm banyak lagik nak cerita tapi malas sgt nak taip..aci gitu??








flu ini menghantui diriku






 
Flu a.k.a selsema..perkara yg paling saya tak suka.mane taknye, idung yg tersumbat boleh membuatkan saya pening kepala...bila saya pening kepala boleh membawa kepada demam..bila saya demam, saya akan mendapat pakej batuk...bila dah start batuk, asthma saya akan melanda...bila asthma datang, maknenya makan berbulan laaa jawabnye nak baik...

Ya Allah, kurniakan laa kesihatan yang baik kepada ku Ya Allah...


sebelum 2011 berlalu...

Insya Allah..teringin nak dptkan sebelum tahun 2012 menjelma....

NOKIA N8 or IPHONE 4...BLEH KE?

SAMSUNG GALAXY TAB 10.1

NIKON TOUCH SCREEN


Hurm adakah akan tercapai impianku ini???

Tuesday, 1 November 2011

Aidiladha Bakal Tiba

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera para pembaca sekalian...wah gitu..mcm nak bace berita pulak kan.. Hurm pejam celik pejam celik pejam celik lagii da semakin hampir ke 10 Zulhijjah 1432 bersamaan 6 November 2011..tup tap tup tap raya ni nampaknya beraya di Kuantan aje memandangkan baru aje balik ke Melaka..takot tak sempat nak kejar bajet laaa sebab bajet tu lari laju sangat laaa...i kan obes!! tak larat nak kejar!! nanti hbs semua lemak2 yg i ternak dah 29 taun ni caer uuu!!! hikhikhik out of topic nampak!!! ok back to da track!!! :P ~~Insya Allah sempena Aidiladha ni ayah saya dgn bermurah hati nak sponsor utk aqiqahkan my Fiesya..saya tak minta tapi dia yg offer kan..so org kate rezeki jgn ditolak...dok gitu!! huhuhu niwei thanks tok bak-bak yerk!!!! :P ~~~ tok bak-bak ni selalu manjekan Fiesya!! Klu dia berborak ngan Fiesya, ngan dia sekali pelat...skit2 "ane cucu tok"...tak pun "tok nak bayang laaa"~~ bayang a.k.a sembahyang!! hikhikhik me just senyum ajelaa!! dah itu cara dia kan!!!

Aidiladha oo Aidiladha..nak masak menu ape yer? Dlm kepala hotak ni ade laa 2-3 menu yg nak dimasak!! My sis nak wat nasi dagang!!So awal2 saya serender laa sebab saya memang langsung haram tak reti nak wat nasi dagang ni....padahal arwak mak punye nasi dagang punyelaa marbeless!! sape suh takmo blajooo?? tu laaaa dah tak reti nak masak guane kan!!! hurm mmg laa org kate raya aji ni tak semeriah raya puasa tapi rai tetap rai...buatnye ader tetamu dtg kan, takkan nak hidang air sirap aje?bis tu nak makan ape?celup jari sendiri ke dlm sirap tersebut?haiyo takmo..takmo!!! tak baik buat tetamu kita gitu...tetamu itu dtg membawa rahmat kan... :P so idea for de menu!! pls dtg yer b4 saturday...y saturday??coz saturday  da nak kena pegi pasaq beli barang!!!! hikhikhikhik yg pasti menu mesti lari drpd daging ye sbb start ari ahad tu musti akan makan daging aje!!! haishh susah nak hadam tauu!!! so berpada2 laaa..time ni laa byk yg nak kena drh tinggi laa, pitam laa, gout laaa (eh kena mengena ke??) hehe wat spegeti aje laa!! seafood spegeti gitu..aci???

Cuti-Cuti Balik Kampung

Last deepavali saya & family balik kg hubby di Melaka...da lama tak balik since ari raye aritu..Memandangkan raya aji ni tak balik Melaka, so kami balik laa sempena raya deepa..aci tak?aci laa kan!! huhuhu meriah sungguh suasana raya deepa kat kg hubby..maklum laa nebor hubby org India..so terasa laa kemeriahan dorang bermain mercun tatkala jam tepat menunjukkan 12 tgh mlm..huh ayat tak bleh blah..sgt bm tauuu :P ~~ Kitaorg balik ke Melaka on Sunday..after Subuh da bertolak..so smpi sana awal la jugakk..gembira aje atok tgk Fiesya balik..si anas pun asik nak ngan Fiesya aje..skit2 nak pegang!! awak tu da laa haluss nak gak pegang Fiesya yg da bertambah berat tu... Igtkan balik Melaka kali ni dpt laa makan sate celup kat Pantai Klebang tu tapi hampeh!! Asik tutup aje tiap kali kitaorg balik..wekk!!! Tak sukee laaaa pbbbttt!!! X(    hurm maybe next time la kot2 balik depa bukak gerai depa kan....tak byk sgt la xtvt balik kg kali ni...cume kami ke Seremban jumpe ngan my besfren ever Kak Ma..huhu tak terlarat nak melayan anak2 pompuan die...name jer gegirl tapi perangaii mcm anak jantan tauu...haaaaaa tanjatt boboiiiiiii :P~~~ mlm tu Kak Ma masak la sempena kedtgn saya dan hubby! Da lama tak makan masakan Kak Ma.. niat di hati nak jumpe Farrah sekali tapi tak der rezeki nak jumpe...yelahh insya Allah la ader mase next time kita jumpe ye dik... :P next mth akak balik lagi hikhikhik 

Ok laa bersambung di next entry yer!!! Ader keje yg perlu disetelkan.. Wif all cinta in my heart, saya akan bekerja dgn seikhlas mungkin :P