Sunday, 24 July 2011

Nur Cahaya

Waktunya hampir tiba..
Tak sabar dengan kehadirannya..
Ayah dan mama setia menanti..

Sayang mama..
Hadirlah segera..
Semoga dengan kehadiran NUR FAZRISYA AMARINA
Membawa sinar dan cahaya baru..
Dalam kehidupan ayah dan mama..

Sunday, 17 July 2011

Durian Ooo Durian

Durian - Pic Ihsan Google

Oh kome durian dah berbunga!!! Huhuhu tu antara bait2 lagu Mr. Os yang sangat melekat kat hati kita kan? Terutamanya bila sampai musim durian.. Dulunya saya bukan pemakan durian..Tapi sekarang...hurrmmm yummy!!! Sangat menyukainye pun!!!! (Ikut gaya AhCai yer)... Tiba sudah musim durian. Sana sini org jual durian. Ada yg murah ada yg mahal..Tapi terpulang laa masing2 nak beli yg mana 1..ikut kemampuan dan selera masing2...

Huhuhu tersangat laa hepinye sebab semalam puas hati dapat makan durian kampung yang sangat sedap dan murah....RM1 jer sebijik..ape lagi, hubby pun borong laa!! Adoiyaii walaupun sakit gigi saya balun jugak!! Sedapnyeee!!! Puas hati dapat makan.. Misi seterusnya mencari durian tembaga plak. Aci gitu??

Nasib la dapat hubby yg jugak suka makan durian. Eceli kebanyakan my siblings tak makan durian. Masa kecik2 dulu semuanya tutup hidung kalau ayah bawak balik durian. Kalau makan pun my eldest brother, ngan my kakak yang gojez aje!! Yg lain2 tak makan rasanya. Ingat dulu, my brother Iwan memang sangat laa tidak boleh bau durian or tempoyak ni. Dulu time die kecik2, kalau wat nakal arwah mak tak payah ugut nak rotan ke or libas dgn tali pinggang ke..nak tau ugut ngan ape?? "Mak sumbat ngan tempoyak ni kang!" Hahaha tempoyak pun leh jadi bahan untuk mengugut tau..Haissshh tetiba rindu mak!!! 

My besfren kat uitm pun hantu durian gak..dulu2 kalau dia makan saya wat dono aje!! So bila dapat tau saya da start makan durian dia pun terkejut!! Durian memang best kan!! Bila makan tuh mesti penuh perasaan laa..Wif all cinta in my heart...

Demam Gigi

Gigi saya kembali demam..Last 2 month saya dah cabut sebatang..And dis time memang kena cabut lagi sebatang..Tak sure cabut or wat sebab gigi bongsu saya yang sedang berlubang.. Dah la gigi belakang sekali, serpih plak, berlubang lagi, plak tu xfully tumbuh..kire separuh gusi aje!! Haisshh wiken yg baru ni dok la menderita sakit gigi sahaja...tak suke!! Cadangan nak pegi jalan2 ngan hubby tapi semuanya termati begitu sahajaa... Geraaaaammm!!! Sakit sangat!! 




Wednesday, 13 July 2011

K~A~R~A~O~K~E


Yes ofkoz..saya adalah kaki karaoke! Saya suka menyanyi dan mungkin perasan mempunyai suare yg sedap kot....kuang3x hampehs betul perasaan syiok sendiri tu kan? Tapi tak kisah laa..Asalkan leh menyanyi saya sangat happy. Dulu2 selalu berkaraoke ngan teman2 seperjuangan & sepergosipan Farrah, Dahlia, Anne, Zainal, Roy..Ngan housemate pun layaaaaankan juga karaoke ni dgn Nani, Ada & Kak Fizah.. wow seronoknya mengimbas zaman2 bujang dulu.... :)

Sekarang?? Eh masih sama..cuma geng berkaraoke je da lain.. Kalau kat opis ada geng. Selalu gi bertiga tapi yg menyanyi berdua aje..Sorang lagi malu!! Haiii saya lagi suke..lagi sikit yg menyanyi lagi saya suka..Bukan ape banyak la sikit lagu yg saya leh nyanyi kan...Hehehe sgt mementingkan diri sendiri kan?? Takpe..bukan selalu...sekali sekala aje..

Lagu ape saya suka nyanyi? Hurm  banyak lagu sebenarnya..Semua lagu pun layan.. Depends on mood pada hari yang berkaraoke tu laaa.. Kdg2 ada tema rock yeah yeah!! Kdg2 tema akak Ziana kite..(halamak baru taip nama akak Ziana dah kuar lagu Sekebun Cinta Yg Berbungaa plak)..mcm2 la lagu yg saya da try nyanyi..Lagu2 KRU masa muda pun saya balun...Maklumla saya kan  pengkaraoke yg tegar!! Ofkoz sume lagu saya nak nyanyiii...

Saya ni karaoke kat tempat yg murah2 aje..Tapi sound system best tau!!! Lagu pun banyak pilihan laa... Paling saya suka di Xanax Karaoke laa...mana lagi..di bangunan yg sama dgn opis saya laaa...Huhuhu ofis di Tingkat 9 dan karaoke di tingkat 3..hanya lif dan tangga yg memisahkan!! Dugaan!! Tapi kat sini syiok sbb selalu buat promosi yg saya rasa sungguh berbaloi laa... Pernah awal tahun dorang wat promosi RM12.90 utk 4 jam sesi karaoke bersama makan buffet..Tak gile ko?? Hahaha tapi sekarang promosi tu dah hbs..Dia da wat promosi baru..U buy 1 hour then u get free 1 hour..So ok laa~~~ sejam kalau small room baru RM20 ajer.. Suke2...

Lagi port best? Hurm kat Song Box di  East Coast Mall rasanya. Tapi kat sini mahal skit. RM28 for small room..Jarang laa dpt benefit kat sini tapi saya suka juga kat sini sebab die nyer pilihan lagu byk jugak.. Pilihan lain adalah di Wow Box..baru buka punye!! Tapi ape pun saya lebih memilih Xanax laa...Inbox Karaoke di Kuantan Parade pun saya rasa better dari Wow Box rasenye!! Ni pendapat saya laa kan!! Ikut saya laa saya nak karoke kat ne kan?? Huuhuhu

Wif all cinta in my heart, kawan2 bila nak karaoke lagi????

Tuesday, 12 July 2011

Kisah Kelapa Tua Yang Berjasa

Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topic perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macamtu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyakkoyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalahisinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak keseluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”

Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”Gulai dapat nama.

Ikan bawal dapat nama.Orang kata, “Oh! Sedap gulai ni.”“Oh! Sedap ikan bawal ni.”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta’abbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!
 

Bos Tada...

Bos tada..
Sangat epi..
Epi sampai taju kalii..
Boleh rileks..
Dari taju sitingah sampai pat sitingah..
Tada pressure..
Sangat epi lagi satu kali..

Pesanan utk my bos..
Pegi outstation lama sikit..
Pegi sampai taju ari...
Saya hati sgt senang!!

Vacation Mood

Vacation mood? Ofkoz laa..rasanya dah lama sangat tak pegi jalan2. Last jalan2 pun ke Pulau Pinang bulan Februari ari tu. Itu pun ada hal bukannya makan angin pun..Kalau takat balik Melaka tu bukan dikira jalan2 sebab balik umah mak mertua..tak tido hotel pun!! Hihihi aci gitu..2 me jalan2 is pegi melancong, mkn2, tido hotel kui2..soping2 ofkoz la kan..tipu la kalau deme ckp pegi jalan2 tapi tak soping..Tipu tipu tipu..Saya tidak percaya tauuu..Jgn tipuu!!!!

Nak pegi jalan2 mana yerk? Kakak saya yg gojez tu ajak pegi Hatyai..saya nak jugak pegi kan? Leh soping2!!! Uiiiiiiii ului tapai kakaiiii (hahaha mcm Nabil dlm ML)..hehehe seronok2 leh soping!!! Jom la kakak gojez kita pegi..Tapi duit nak kena byk skit laaa kot kan??? Haisshhh hubby pun nak sangat peginya. Nak2 pulak anak sulung die si Esyoh tu ada kan..musti bersemangat dia nak pi..kan abang kan?kan?kan?

Sekarang ni pun tiket Air Asia pun murah2 jugak...So leh la survey2 utk gi jalan2 jauh2 skit..So at least leh la menghilangkan stress sikit kan..Jalan2 itu kan satu therapy diri... Hihihiihi.. Niwei now tengah plan ngan my ofismet nak gi jalan sama2..Tapi destination tak confirmkan lagik. Medan pun mcm menarik kan Gee & Ika?? Ke awak nak gi Bali jugak Ika? Gi Bali ok jgn BALIK sudaahh hoccay!!!!!

Awak pulak nak gi mana Gee? Langkawi ke? Langkawi pun ok gak!! I on aje..asalkan boleh ape kawan2? Boleh sopingg!! Yeayyy!!! Soping walaupun tak banyak takpe..Asalkan soping...Hihihih iloikeeeee!!!

Selamat Beramal...

Renung-renungkan dan selamat beramal
  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. 

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

Sumber : Kopipes from emel

Wednesday, 6 July 2011

Sharing Is Caring Part 2

Perkara-perkara yang perlu diamalkan


  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
  • Selalu makan makanan yang panas2
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam2
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau
  • Selalu bersenam
  • Selalu menggunakan imajenasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  • Jangan mandi selepas 9.00 malam 

Sumber : Kopipes from emel

Sharing Is Caring Part 1

Perkara-perkara yang elakkan kita jadi pelupa a.k.a menumpulkan minda

  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Sumber : Kopipes from emel
 

T.E.N.G.O.K T.V.

Saya ni bukanlah jenis yg suke gile tgk tv. Tgk kepada citer mende kat tv tu & depend on my mood laaa sama ada nak tgk atau tak..Dulu masa bujang2, time tak penat aje saya akan melepak tgk tv ni..Kalau time penat, mintak maaf laa..remote tv pun saya takmo tgk..hihihi. Eceli saya ni jenis yg tak minat nak follow drama2 bersiri ni..Nak2 pulak drama2 yg penuh hipokrit contohnya SPA Q laa..SPA Qistina laa!! Haisshh membohong semuanya! Meluat aje tgk..Tapi org len tak tahu laaa! Selera memasing kan..


Saya ni suka tgk citer yg tak bersiri..Mcmana yer nak ckp..Sng citer, citer yg hbs terus.Tak payah nak tgu hari esok nak tgk sambungan. Hihihi bkn ape, once da terfollow takot nnt bila tertinggal 1 episode jd nyesal lak kan?Hihihi tipu la klu saya kata tak penah follow citer bersiri ni...~Nampok beno menipunye ~ kan?Erm tapi kan, byk citer bersiri ni bermusim kan? Contoh musim citer mexico, hanya 2-3 citer pertama je yg saya follow. Yg saya ingat, saya follw citer Rosalinda (ayamorrr), La Usur Padora, Mistress Hermanas..klu tak silap citer mexico yg 1st adalah Por Tu Amor..hihihi zaman citer mexico ni time saya study kat Uitm Shah Alam..so ada gak laa tembo kelas sbb nak tgk finale episode kan?hihihi mengaku ni tau dari hati yg tulus ikhlas..tau dok tembo tu ape? tembo tu ponteng kelas laaa nokkss!! 


Klu tak silap dlm tahun 2005 meletop drama2 bersiri dr Indon(ke sebelum tu lagi??) Tapi seingat saya, drama Indon yg 1st yg saya follow adalah Bawang Putih Bawang Merah..(hurm sampai sekarang terasa bodo sbb follow citer ni)..haissshh!!!! Then drama2 Melayu mmg laa byk gak saya follow..tp drama2 yg menyentuh qolbu ajelah..drama yg ader quality shj yg saya follow ok! 

Sekarang ni mmg jarang la tgk tv..Sbb husband suka tgk tv & dia da ada rancangan pilihan dia sendiri. Ni sume membantutkanla niat saya nak follow mana2 drama bersiri. Tensi la jugak bila tgk remote asik kat tgn dia aje kan..Pilihan citer plak tu yg tak best plak..Tak kena langsung dgn selera i tauuu!!! Hihihihi yelah bila dah lain2 perangai tu yg syiokk!! Kalau semua sama je dengan husband, apa yg bestnya. Tul tak kawan2??Now selalu tgk2 movie2 kat astro citra, ML ofkoz (faberet all the time) & CSI la..lain2 jrg sgt! 

Hurm bebaru ni mase balik umah MIL kat Masjid Tanah, terfollow drama2 yg tgh ditayangkan kat tv3 sekarang ni..ok laa not bad. Saya tengok Samarinda tu, Anissa. Mcm ok la jugak citer tu kan. Igtkan bila balik Kuantan, leh la terus memfollowkan diri tgk citer tu tapi hahahaha igt dpt ke?Sorry laaa!! The remote is not mine anymore. Then ade 1 lagi citer yg MIL follow, Dewa Cinta. Tapi saya tak tgk pun..Sebabnye ada Pasha Sendu tu..tak kuasa mak nak tgk!!! Yerkkk!!! Hurm citer yg b4 ni Nora Elena kan? Haa yg tu pun saya tak tgk!! Org kecoh bercerita pasal citer tu..huhuhu tapi saya menten wat dono aje! Bila org tanya kenapa tak tgk? Saya jawab aje laa da baca novel dia.. Leh gitu bai? Hihihihi ape pun tak bley laaaa~~~~

You Saka Pergi Jauh2..mmg la tersangat tak bleh blah tgk citer tu. Walaupun saya penakut tapi saya happy tgk citer tu sbb citer tu tak menakutkan pun kan?Huhuhuhu pertama kali tgk citer hantu dgn muka tersenyum..Hahaha aci gitu?Ada ke tgk citer hantu pun nak takot (itu kate2 org yg berani laa)...Tapi pada saya, saya takut bkn sebab ape..Sebab takot mase tido terbayang!! Hahahaha sgt laa bodohnya diri ini kan?? Bak kata Sepah.. "tak payah duga akal, tgk muka dah tau bodoh" ngok btol Sepah tu!!! 

Saya rasa pasni mmg payah da nak follow drama2 bersiri ni..Tgk aje laa citer yg ader ye!! Sekian sahaja entry pasal tgk tv kali ni.. Len kali sambung lagi k..Insya Allah. Salam sayang wif all cinta in my heart!!! Muahsss!!

Monday, 4 July 2011

Menahan Lapar Dan Dahaga

Alhamdulillah..Hari ni dah masuk hari kedua saya berpuasa. Puasa ganti yg last year punye. Haha tak baikkan? Baru nak ganti..Tapi takpe, saya tinggal puasa 2 hari aje..Jadi tak byk laa nak kena ganti..Tapi insya Allah, sebaik saja habis yang qada ni, saya nak terus juga berpuasa utk bulan Syaaban ni kan..Persediaan menghadapi Ramadhan. Jadi bulan Ramadhan nanti takde laa terase sangat keletihannya kan? Macam MIL saya da start puasa bulan Rejab lagi..Jadi dia dapat straight 3 bulan... Alhamdulillah.. Eh tetiba plak rindu kat MIL... Yelah dia aje tempat menumpang kasih kan setelah pemergian arwah mak saya....Haisshhh emo plak tetiba..Hehehehe

Hurm kebanyakan org dah wat persiapan utk raya dah pun..Saya??Hurm takde persediaan ape2 lagi..Tunggu laa..Wat last minit punya preparation je la..Okey tak? Tahun ni turn kampung hubby plak di Masjid Tanah..Huhuhu tak dpt nak beraya dgn all my siblings kan? Takpelah...berkorban sedikit takpe!! Lagipun mereka pun da jadi sebahagian hidup saya juga... Fyi ni kali pertama saya akan beraya pertama di kampung mertua..(sbb dis is the 2nd year i sambut raya wif hubby)..Tahun lepas my turn tauu!!! 

Nak berceloteh banyak tapi idea tak mariiii...mcmane tu?? Hahaha takpelah kan..Taip ajelah ape yang terlintas kat kepale hotakk ni kaann? Penat balik dari kursus aritu tak hbs lagiik!!! Next week kena pi kursus lagik kat KL... tapi kali ni sehari aje! So..cukuplah kursus saya selama 7 hari..so pasni tak payah nak pi kursus jauh2 lagikk...klu ader yg dekat2 aje laa saya pegi kan..Akhir tahun for sure mmg byk kursus kewangan yg nak kena pegi ni...maklumla sekarang ni saya wat kerja kewangan..huhuhu siap dapat elaun BITK lagi tauuu...mase kat Jabatan lame dulu mmg la wat gak kerja kewangan tapi elauunn??? HARAM takde! Bila mintak bukan main susah lagi nak dapat..kat sini ok aje plak! Takde laa rumit no sebenarnyeee!!!! hehehehe jgn marah haa org Jabatan lama sayeee....
Haaaaaaaaaaaaaa sempoott (ikut style sepah) nak menaip panjang2 ni... Lain kali saya sambung menaip lagi k! Takde idea!!! Hahahaha saya menghabiskan taipan saya di sini dgn hati yg ikhlas wif all cinta in my lurve....

Tata titi tutu 

P/s  Tajuk entry tu kena ke tak?

Kebekuaaannn!!!!!!

"Adus..rase nak beku da ni!! 
Tak tau nak wat guane..
Baju dah berlapis2...
Lemak pun dah berlapis2...
Lagi tak bleh kaber sejuk kaaaaaaa????"