Monday, 5 December 2011

YES 4G

Wah lamanya tak hapdet status.. :) bz menjalankan tugas2 sbg isteri kpd seorg suami, ibu kpd seorg baby, anak pempuan kpd seorg ayah dan suri kpd sebuah rumah :P ok2 saya mengakulaa...sebenarnya saya agak malas nak hapdet..hikhik idea nak bercerita kurang laaa..ntah laaa nape?i dono laa ke mane peginyaa segala curahan isi hati ni (wahh gituuu)...oklaa arini nak citer skit pasal my new bb...ok! ianya pantas & tuntas...servis tiptop laa..tersangat laa better berbanding berukbeng CELCOM yg sgt moist cake itu yerQ!!...nak tau tak aper nyer?

Taraaaaaaa...



Ok..apa itu YES 4G?Bagus sgt ke?Saya rasa bagus..kelajuan YES 4G ni adalah lebih kurang 3-4 kali lebih laju drpd berukbeng 3G yg lain...walaupun ader 1 bar shj..video2 di yutiup dpt ditonton dgn lancar..siyes beb!! ini mmg saya da cuba tau..memang betol...tp tak tau laa coverage di tempat anda mcmane kan.. bagi kegunaan sendiri2 punye..ader  jenis...1 jenis spt pic di atas and 1 more adalah wifi hotspot...paras rupe adalah spt pic di bawah yer...ianya sesuai utk 4-5 connection (klu tak silap) eg klu umah u ols ader 2 lappy, 1 tab &  2 enset yg ader wifi (3310 tak bley tauu) maka anda bleh connect laa sume... 


Jadi setakat ni saya berpuas hati laa...Oh ye, YES 4G ni kita bayar apa yg kita guna tau...tapi ianya adalah prepaid...Jadi commitment nak byr bil bln2 tiada...nak pakai internet, maka topaplaaa yer! Jadi kurang laa risiko line kena sekat tu hihihiihi eh mcm biase pulak saya ni kena block line kan?? Hikhikhikhik oklah sekian sajelah utk entry kali ni...da nak titon laaa zZzZzZ mate ni da kecik besau kecik besau daa...wif all cinta in my heart..c u in next entry k!!! muahsss u ols!!

Sunday, 20 November 2011

Baby Nak Membesar

Hai... saya ada terbaca artikel berkaitan dgn tumbesaran baby2 ni...pada saya artikel ni menarik utk dikongsi bersama dan dibaca terutama ibu-ibu yang mempunyai baby.. :) Artikel ni eceli merangkumi keseluruhan bagi bayi yang berusia sehingga 36 bulan..tapi saya hanya memkopipes kan bagi usia antara 0 - 12 bulan shj...hihiihihi xpe kan..??? Apa yg perlu anda lakukan bagi memastikan bayi mendapat pendidikan serta dapat mempercepatkan minda mereka?

 

Belajar Sambil Bermain

Pada peringkat perkembangan 6 bulan pertama, bayi banyak belajar daripada persekitarannya terutama melalui interaksi antara anda dengannya. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bayi belajar melalui permainan. Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan bayi, anda sebenarnya mengajarnya lebih banyak perkara mengenai diri anda, dirinya sendiri dan persekitarannya. Setiap aktiviti permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yang berbunyi memberi kesan terhadap perkembangan derianya. Bayi belajar memfokus penglihatan dan pendengarannya terhadap objek berkenaan. Sekiranya aktiviti ini diulang-ulang, bayi akan belajar menggoncang alatan dan menyebabkan berlaku kebisingan.
Antara perkara yang boleh anda lakukan dalam ‘mengajar’ bayi anda adalah:
  • Lakukan aktiviti yang boleh merangsang 5 deria utama manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan.
  • Sentiasa memberi perhatian padanya melalui eye contact semasa bercakap dan bermain dengannya.
  • Bantu perkembangan bahasa dan visualnya dengan menunjukkan padanya sesuatu objek nyata seperti botol, menerangkan padanya mengenai objek berkenaan dan sentuhkan tangannya ke objek itu.
  • Ajarkan mengenai kepelbagaian emosi dengan menggayakan ataupun membuat mimik muka seperti gembira, sedih dan sebagainya.
  • Perkenalkan kepelbagaian padanya dengan menunjukkan objek yang sama dalam warna dan bentuk berbeza ataupun menyanyi pelbagai lagu supaya bayi tidak mudah bosan.
  • Beri respons terhadap sebarang pergerakannya. Contohnya sekiranya bayi menangis, dakaplah bayi dan sekiranya bayi tersenyum, senyum dan ketawa bersamanya. Ini akan memberi bayi keyakinan ia boleh mengawal persekitarannya.

Bayi Baru Lahir Hingga 4 Bulan

Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan apabila bayi menangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang dan menggapai-gapaikan tangan-nya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satu stimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakan ototnya. Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan sentiasa mendukungnya kerana ia membantutkan usaha penerokaannya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Sekiranya anda mampu, anda boleh menghiasi persekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagai warna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan kerana dikhuatiri akan menjerut lehernya ataupun mengakibatkannya tercekik. Antara aktiviti permainan mudah yang boleh anda lakukan dalam merangsang bayi anda adalah: Gerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda.Sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Per-hatikan responsnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat senyuman di bibirnya. Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan mem-bawanya keluar bersiar-siar di halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.

Bayi 4 bulan hingga 6 bulan

Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi mampu melihat dalam jarak yang dekat. Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya.
Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:
  • Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidani yang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya.
  • Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi sekiranya ditekan.
Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat segi dan sebagainya.

Bayi 6 bulan hingga 1 tahun

Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegap malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya juga begitu menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya sendiri.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:
  • Dapatkan mainan yang ada elemen memeranjatkan. Contohnya, kotak yang apabila dibuka akan mengeluarkan badut dan sebagainya. Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi anda terperanjat sehingga mencederakannya ataupun melukakan dirinya.
  • Anda boleh memperkenalkan muzik kepadanya. Dapat-kan alat mainan seperti drum, tamborin dan sebagainya.
  • Ajarkan kepada bayi anda bermain sorok-sorok. Permainan di mana sorokkan mainan kegemarannya di bawah tilam dan lihat reaksinya.
Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra. Bahasa juga penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara.
Bayi yang selalu menangis tentu kurang berkebolehan menerima persekitaran serta orang sekelilingnya. Ada ibu bapa yang membiarkan anak menangis sendirian dan cara itu perlu dielakkan. Sebaiknya, ibu bapa memujuk dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka atau mendodoi dengan mesra.
Bermain dengan bayi amat digalakkan. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira. Selain itu, persekitaran bayi boleh diperkayakan dengan melakukan pelbagai bunyi menarik seperti lagu dari peti muzik atau gambar berwarna warni. Untuk merangsang bayi ibu bapa digalakkan berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan bahasa dan minda.
Justeru itu, ibu bapa digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika berinteraksi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi perkembangan kognitif atau inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa.


Ibu

Ibu..Emak..Ummi..Mama..Mummy....semua ini membawa maksud yg sama...Ibu insan yg paling istimewa dlm hidup setiap insan di muka bumi ini..Teringat dulu, masa kecik2 bkn main lagi saya melawan ckp ibu..Degil..xnak dgr nasihat mak...Haisshhh tak baik betol dose... Teringat plak mase saya berumur 6 tahun, masa tu kami stay kat Segamat..saya bermain dgn bijik saga...tau x bijik saga tu ape??bijik saga tu kecik aje kaler merah..ala yg pepatah tu "yg kurik itu kendi, yg merah itu saga" kui3x ok ke saya mendetailkan bijik saga tu?klu  tak paham gak silalah google image biji saga yer hikhikhikhik...Eh dah menyongsang jauh plak..lain nak cerita, lain lak kuornye!! Ok straight to de point..masa saya main bijik saga tu, arwah mak ckp "Jgn masukkan pulak bijik saga tu dlm lubang hidung" hikhik saya pun kate "ok" & terus masukkan biji saga tu dlm lubang hidung..yelah sape suruh mak beri idea tu kat saya kan?hikhikhikhik ape lagi bawak pi klinik laa tarik kuor...tu laa sape suruh menderhaka ckp ibu..kan da dpt balasan..cash tauu?? huhuhu tu laa dipikir2kan balik, klu 7 orang anak mcm arwah mak saya, 7 pe'el nak kena layan..haisshhh saya yg baru sorang anak ni dah macam nak naik hantu da menjageenyee !!! hahaha tu baru umo 5 bulan tu...lum masuk bab2 lain..Haaaaisshh baru skang laa tau betapa besarnye pengorbanan arwah mak saya dulu menjaga kami semua 7 beradik...Selalu kena muhasabah diri supaya sentiasa bersabar melayan karenah anak saya.

Tapi sekarang bila dah besar2 ni..and da pegang title ibu tu sendiri baru laa tau betapa peritnya nak membesarkan anak ni..Tapi alhamdulillah saya dibantu oleh suami yg sgt memberikan kerjasama terutama dalam hal menjaga anak waktu mlm..Biasanya suami akan ambik syif malam laaa..tapi so far anak kami takdelaa bangun malam pun kecuali nak susu aje.Bila time nak susu tu tak bley wat ape laaa..mmg task saya laa kan!! Suami mmg  takkan wat susu punye!! Fyi anak saya tak bf..minum susu botol sajeeee :) jadi saya bancuh susu dan bgkan pada hubby! hikhikhik ..

Oklaa enuff about dat..saya nak ceritakan serba sikit laa dan berkongsi pendapat tentang ibu-ibu yg ada di dunia ni..terbuka hati saya untuk berkongsi dgn anda semua bila membaca entry my fren Pn Farrah berkaitan peranan ibu ni..Ibu kandung, ibu tiri, ibu mertua mahupun ibu angkat...semuanya ibu!! Dlm 1 artikel menyatakan ibu kandung jelas di dalam Al-Quran dinyatakan tdk akan sama dgn yg lain..Betulla tu..dia yg melahirkan anaknya..sebagai ibu kandung adalah menjadi kewajipannya utk menyayangi, mengurus dan mendidik anaknya tapi bagi ibu tiri itu bukan kewajipan..

Walaubagaimanapun, jika seorang ibu tiri itu menjalankan tanggungjawabnya kepada anak tiri seperti anaknya sendiri, maka adalah berdosa sekiranya seorg anak menyakiti hati ibu tirinya. Dosa itu sama besarnya jika kita turut menyakiti ibu angkat atau ibu mertua...Subhanallah dlm Islam mentaati ibu itu adalah perkara wajib. Maka dlm konteks ini juga termasuk kpd ibu angkat kpd seorg anak yg memeliharanya dari kecil dan berpenat lelah membesarkannya. Anak angkat juga wajar mentaati dan berbuat baik kepada ibu angkatnyaa..Masya Allah..mulianya nilai diri sbg seorg ibu itu...Sehingga kini saya masih tdk fhm mengapa ada sanggup membunuh anak sendiri, mnebuang bayi yg baru dilahirkan, mendera dll lagiii...sesungguhnya berbuat baiklah kepada ibu bapaa...tak kira samada ibu bapa kandung, mertua, angkat mahupun tiri...:) Wallahualam wif all cinta in my heart...

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga


Air Mata Ibu
Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu

Monday, 14 November 2011

kena hon laaaa...

1 kali hon pendek - pemandu tu nak cakap “HAI”

2 kali hon pendek - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

3 kali hon pendek- pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

1 kali hon panjang - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

2 kali hon panjang - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”

4 kali atau lebih hon pendek - pemandu tu cakap ;

“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

lalalalalalala

Pagi tadi otw nak pegi keje, pasang laa my peberet Sinarfm dok dgr celoteh SY, KE & Krill tuh..hikhik tiber2 dorang pasang lagu ni plak.. :) Sukeeeee sgt!! Lagu ni antara peberet laaa...suke dgr tapi saya jrg nyanyi..Tapi baru sat tadi saya nyanyi lagu ni kat opis...Huhuhuhu sgt meninggalkan kesan di dalam hati laaaa...


Sunday, 13 November 2011

Aidil Adha...Selamat Hari Raya

Hikhik still relevan ke nak wish Selamat Menyambut Aidiladha ni? Da seminggu berlalu..So how was your raya? My raya just so-so only...Meriah dgn gathering adik-beradik laa..Ape lagi kan? Masa kecik dulu klu mereka-mereka yang ada adik-beradik ramai, mesti asik gadoh aje kan?Same laa ngan my siblings..org tu mcm ni, org ni mcm tu...yg ni plak mcm2...saya jer yg baik hikhikhik :P (sgt perasan hoccay)!! Tapi kan, sedar tak sedar, bila mempunyai siblings yg ramai ni tersangat laa bahagianye!!! Masih dgn perangai masing2 tapi as for my siblings, bila da besar ni masing2 takde laa nak wat hal sendiri...sumenye masih ade feelings of "family man" hehehe ntah btol dok ke saya punye pembayangan (lagi ayat ntah hape2)....Hikhik kami bahagia 1 keluarga...

Ok laa..meh saya story skit pasal peristiwa hari raya tuh.. Ari Sabtu tu saya ngan hubby bertungkus lumus mengemas rumah, mop lantai, tuko deco umah..hikhikhik nak raya laa katakan..mestilah nak umah yg kemas dan bersih kan?? Musti2x...Tapi sambey berkemas sambey bergulut dgn Fiesya laa..dia pun sebok nak berkemas skalik.:) Da petang baru siap kemas..dlm pukul 4 lebey gitu...Then pas siap berkemas tu ape lagik, saya berperang laa memasak utk menu pagi raya...Ketupat segera tu awal2 lagi saya dah rebus...Then siapkan kuah kacang ngan rendanga ayam..setel keje.

Alhamdulillah...abg saya dari Ipoh selamat sampai ke umah dlm kul 8 mlm gitu..seronok berjumpe anak2 sedara saye...Iman & Adam..sgt cumel..hurmm banyak lagik nak cerita tapi malas sgt nak taip..aci gitu??








flu ini menghantui diriku






 
Flu a.k.a selsema..perkara yg paling saya tak suka.mane taknye, idung yg tersumbat boleh membuatkan saya pening kepala...bila saya pening kepala boleh membawa kepada demam..bila saya demam, saya akan mendapat pakej batuk...bila dah start batuk, asthma saya akan melanda...bila asthma datang, maknenya makan berbulan laaa jawabnye nak baik...

Ya Allah, kurniakan laa kesihatan yang baik kepada ku Ya Allah...


sebelum 2011 berlalu...

Insya Allah..teringin nak dptkan sebelum tahun 2012 menjelma....

NOKIA N8 or IPHONE 4...BLEH KE?

SAMSUNG GALAXY TAB 10.1

NIKON TOUCH SCREEN


Hurm adakah akan tercapai impianku ini???

Tuesday, 1 November 2011

Aidiladha Bakal Tiba

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera para pembaca sekalian...wah gitu..mcm nak bace berita pulak kan.. Hurm pejam celik pejam celik pejam celik lagii da semakin hampir ke 10 Zulhijjah 1432 bersamaan 6 November 2011..tup tap tup tap raya ni nampaknya beraya di Kuantan aje memandangkan baru aje balik ke Melaka..takot tak sempat nak kejar bajet laaa sebab bajet tu lari laju sangat laaa...i kan obes!! tak larat nak kejar!! nanti hbs semua lemak2 yg i ternak dah 29 taun ni caer uuu!!! hikhikhik out of topic nampak!!! ok back to da track!!! :P ~~Insya Allah sempena Aidiladha ni ayah saya dgn bermurah hati nak sponsor utk aqiqahkan my Fiesya..saya tak minta tapi dia yg offer kan..so org kate rezeki jgn ditolak...dok gitu!! huhuhu niwei thanks tok bak-bak yerk!!!! :P ~~~ tok bak-bak ni selalu manjekan Fiesya!! Klu dia berborak ngan Fiesya, ngan dia sekali pelat...skit2 "ane cucu tok"...tak pun "tok nak bayang laaa"~~ bayang a.k.a sembahyang!! hikhikhik me just senyum ajelaa!! dah itu cara dia kan!!!

Aidiladha oo Aidiladha..nak masak menu ape yer? Dlm kepala hotak ni ade laa 2-3 menu yg nak dimasak!! My sis nak wat nasi dagang!!So awal2 saya serender laa sebab saya memang langsung haram tak reti nak wat nasi dagang ni....padahal arwak mak punye nasi dagang punyelaa marbeless!! sape suh takmo blajooo?? tu laaaa dah tak reti nak masak guane kan!!! hurm mmg laa org kate raya aji ni tak semeriah raya puasa tapi rai tetap rai...buatnye ader tetamu dtg kan, takkan nak hidang air sirap aje?bis tu nak makan ape?celup jari sendiri ke dlm sirap tersebut?haiyo takmo..takmo!!! tak baik buat tetamu kita gitu...tetamu itu dtg membawa rahmat kan... :P so idea for de menu!! pls dtg yer b4 saturday...y saturday??coz saturday  da nak kena pegi pasaq beli barang!!!! hikhikhikhik yg pasti menu mesti lari drpd daging ye sbb start ari ahad tu musti akan makan daging aje!!! haishh susah nak hadam tauu!!! so berpada2 laaa..time ni laa byk yg nak kena drh tinggi laa, pitam laa, gout laaa (eh kena mengena ke??) hehe wat spegeti aje laa!! seafood spegeti gitu..aci???

Cuti-Cuti Balik Kampung

Last deepavali saya & family balik kg hubby di Melaka...da lama tak balik since ari raye aritu..Memandangkan raya aji ni tak balik Melaka, so kami balik laa sempena raya deepa..aci tak?aci laa kan!! huhuhu meriah sungguh suasana raya deepa kat kg hubby..maklum laa nebor hubby org India..so terasa laa kemeriahan dorang bermain mercun tatkala jam tepat menunjukkan 12 tgh mlm..huh ayat tak bleh blah..sgt bm tauuu :P ~~ Kitaorg balik ke Melaka on Sunday..after Subuh da bertolak..so smpi sana awal la jugakk..gembira aje atok tgk Fiesya balik..si anas pun asik nak ngan Fiesya aje..skit2 nak pegang!! awak tu da laa haluss nak gak pegang Fiesya yg da bertambah berat tu... Igtkan balik Melaka kali ni dpt laa makan sate celup kat Pantai Klebang tu tapi hampeh!! Asik tutup aje tiap kali kitaorg balik..wekk!!! Tak sukee laaaa pbbbttt!!! X(    hurm maybe next time la kot2 balik depa bukak gerai depa kan....tak byk sgt la xtvt balik kg kali ni...cume kami ke Seremban jumpe ngan my besfren ever Kak Ma..huhu tak terlarat nak melayan anak2 pompuan die...name jer gegirl tapi perangaii mcm anak jantan tauu...haaaaaa tanjatt boboiiiiiii :P~~~ mlm tu Kak Ma masak la sempena kedtgn saya dan hubby! Da lama tak makan masakan Kak Ma.. niat di hati nak jumpe Farrah sekali tapi tak der rezeki nak jumpe...yelahh insya Allah la ader mase next time kita jumpe ye dik... :P next mth akak balik lagi hikhikhik 

Ok laa bersambung di next entry yer!!! Ader keje yg perlu disetelkan.. Wif all cinta in my heart, saya akan bekerja dgn seikhlas mungkin :P

Wednesday, 19 October 2011

keh ngan boss keh...

KEH DENGAN BOSS KEH…

Biler keje keh lambat siap, keh ni lembab..
Bila boss lambat siap keje, …dia ni teliti orangnyer….

Biler keh tak buat keje, keh ni pemalas…
Bila boss tak buat keje, …dia tersangat la sibuknyer…

Bila keh buat kerja yang tak disuruh, keh ni nok memandai-mandai…
Bila boss buat begitu, ….dia memulakan satu inisiatif….

Bila keh tolong boss yang lagi besor, keh ni sedang mengampu, mengipas…
Bila boss pun tolong boss dia, ….dia sedang berkerjasama….

Bila keh buat silap, keh ni memang bodo….
Bila boss tersilap buat,…..dia hanya manusia biasa….

Bila keh keluor ofis, keh ni pegi mengulor, curi tulang…..
Bila boss keluor tak masuk-masuk, ….dia ada urusan ‘bisnes’……

Bila keh ambik MC satu hari, keh ni sakit memanjang….
Bila boss ambik MC, ….dia memang betul-betul sakit…..

Bila keh apply cuti, mesti keh ni nok pegi interview tempat lain….
Bila boss mintok cuti, ……dia terlebih beban kerja, perlu rehat…..

Bila keh buat sesuatu yang baik, boss tak pernoh ingat…
Bila keh ada buat saloh, …..boss takkan lupa sampai bila-bila….

Habih….. nok buat goner???????
Hantuk kepala ke dinding????.............................:m
 
P/s : klu tak paham dgn bahase pahang ni sila rujuk entry ini...
Wif all cinta in my heart..i luv my job :P 

Ko Saket Hati Ke?

Huuhuu ader akak kisah ke?
Ko saket hati kat akak ke?
Meh akak bagi ubat utk saket ati adik tu mehh!!!



Jgn lupa makan ubat yer dik!!!

Monday, 17 October 2011

Fazrisha Latest

DAH BLAJO2 NAK MENIARAP!!! BARU BLAJO LAAAA .... :p

VERANGAAN NAK PEGANG SENDIRIKKK BOTOL DIAA... :p

DAH PANDAI ISAP IBU JARI.... B4 NI SUME JARIIIII DIE SUMBAT DLM MULUT DIA :P


I Love U Dear,
Wif All Cinta In My Heart... (''v'')

NaZiRaN

Minggu ni adela minggu yg sebok teramat...akan dtgnye penazir2 (hikhik betoi kaaa kata nama ni??) akan dtg utk menazirkan Pengurusan Kewangan pejabat kami...jadi sbg person in charge for finance ni, jadi saya teramatlah sebok utk menyetenbaikan diri dr segala aspek..kena siapkan itu ini bagi memastikan minor query laaa...bagi memastikan kecemerlangan tahun sudah diteruskan.... so caiyookk2x~~ usaha tangga kerajaan!!!

Friday, 14 October 2011

Tik Tok Tik Tok

Tik tok tik tok tik...

Mengira detik utk balik...
Balik utk berehat...
Berehat utk 2 hari...
2 hari utk lepak-lepak...
Lepak-lepak bagi mereleasekan tension...
Bersama Baby Pica-Pica...

Syg Pica-Pica Wif All Cinta In My Heart!

Thursday, 13 October 2011

Hatiku Milikmu

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

New Entry Di Hari Ini

Lamenye da tak hapdet story..bz la kawan2!!! Balik umah da tak sempat nak menjengok ke dunia IT yg serba luas ni...bak kate org phg berguluitttt dgn anokk!!! hikhikhik da duk pahang ni kan maka makin pekat laaa loghat pahang sayeee hikhikhik..Mcm anas laaa walaupun dok beseroh tapi cakap tetap pekaiinn tauuu!!! 

Now kat opis pun banyak keje...Dgn auditnye, naziran laaa..bagaiiii nak nye!! Ngan bajet lagikk tension gok laaa..dgn nak layan application certificate origin lagik...haisssh!!!! Tapi da namenye SYMP kan...jadi saye pun dgn lajunye kate kat bos "BAEKLAHHH"... Baru je hbs program outreach dgn usahawan Rompin...nak workout kerja-kerja finance plak!! Kursus sume da setel...jadi fokus laa ngan keje2 opis.. Saya sebenarnye suke jer keje kat sini tapi bos saye tu LAMPI sgt!!! dia tu PTD tapi saye rase ayat yg paling sesuai utk die adalah PI TIDOQ laaaaa... sorry to say!! saya rasa awak tak layak nak dapat gaji dan pangkat yang awak ader sekarang..so sad sebab kdg2 pikir ramai lagi org kat luar sana yang boleh menikmati gaji awak yg sepatutnya awak tak dapat!!!! 

Ok laaa boring laaa asik nak citer pasal dia kan...hikhikhik ngan dia je yg selalu bikin saya hangin..ngan team lain saya ok aje!!! Ngaammm hoo!!


Hari ni baru masuk opis. Da 2 hari kat Rompin...seronok laa kan berjalan ke tempat org... Fyi Rompin ni mmg terkenal ngan udang galahnye!!! Fuuuyoooo fresh ooooo!!! :) Memang puas hati laaa...biase laa mane2 orang pun kalu pi outstation msti cari tmpt makan hok paling best sekali..ye dok???? Jgn nak tipu tauuu!! Doseeee!!! Penat ke Rompin belum hilang...hari ni pun bangun lambat tapi tetap sampai ke opis pada waktunye tauuu!!!! 

Ok laa...nanti sambung citer lagi..Tak sempat nak wat pe2 da..byk mende nak kena setel...K Baaiii!!! Wif all cinta in my heart..See u i next entry k!!! Luv u!! Muahhsss

Monday, 19 September 2011

Majlis Cukur Jambul Dan Makan-Makan Raya

Alhamdulillah...Selesai sudah Majlis Cukur Jambul anak perempuan kami Wan Nur Fazrisya Amarina pada 16 Sept lepas.. Disebabkan majlis tu dlm bulan Syawal yg mulia, jadi saya pun buat la makan-makan raya sekali. Tetamu jemputan lebey kurang 100 orang... Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Semuanya ok..Syukur!!!! 

Siapa yang saya jemput? Huhuhu tetamu jemputan adalah adik beradik, geng surau, sepupu sepapat, kawan2 ofis, kawan2 hubby, kawan2 ayah dan juga jiran tetangga... Menu untuk majlis tu saya sempat sediakan Mi/Mihun Kari, Rojak Singapore (yg mendapat sambutan), Char Kuey Teow (sangat mendapat sambutan), pulut kuning, rendang ayam, koktail (sponsor by my sis) dan air sirap serta sarsi....tu je yg mampu disediakan...

Sepatutnya majlis bermua selepas Asar hingga Maghrib tapi sampai ke malam pun ader lagi yg dtg..Suka sangat melayan tetamu walaupun penat ya amat...Puas hati sangat2....

Jadi kepada semua yang terlibat dlm majlis saya ni, saya ucapkan terima kasih tau yg tak terhingga... Wif all cinta in my heart, insya Allah next year kalau ader rezeki kita jumpa lagi ok!!!!

Luv u all!!!! Muahhssss

P/s : Pic akan diupload di next entry k!!!

Sunday, 4 September 2011

Baby Picha Picha

Hai semua..Assalamualaikum anda2 semua!!! Dah lama tak hapdet cerita2 kedai kopi ni..Tak sempat laaa awak!!! Hehehe dis year berpuasa dengan pengalaman baru..Hooosshh bulan puasa yang penuh dengan cabaran dan dugaan dengan kelahiran Baby Fishaaaa... bak kate Aisyah (anak Auntie Gojez) Baby Picha Pichaaaa...eeiii geraaammmnye dgn debab mama nii!!! Haisssh!!! Saya sekarang ni da malas nak hapdet ngan story mory ni..jadi saya uploadkan pic Baby aje laa yerkk!! Sila laah..









Minal Aidil Wal Faidzin

Selamat Hari Raya..Hari Untuk Kita Bersuka Ria..

Yer...bersuka ria la sangat saya di hari raya tahun ni..Alhamdulillah!Tahun ni beraya di rumah mertua buat pertama kalinya. Baru 2 kali beraya sebagai husband & wife kan..Tahun lepas dah beraya kat Kuantan, jadi tahun ni beraya di Masjid Tanah la..lagipun kitaorang memang stay kat Kuantan kan..jadi ape ade hal...

Seronok laa raya tahun ni ditambah dengan kehadiran Baby Fisha...suke3x..banyak Fisha dapat angpau raye!!! Seronok aje kazen2 die melayan Fisha~~ Ok laa malas suda mau celita...Tengok pic aje laa yer!! Wif all cinta in my heart..Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!

Ayah tengah nak siapkan Baby Fisha..(belum mandi lagi anak Mama ni)

Saya sayang anda berdua...

Wif MIL & Family Abg Lan

MIL..ape tah yg die suka benau tgk Kak Ngah (niece)

Kak Long yg rajin layan Fisha

Anas..yg sgt begau!!! LOL

Bonda Chik's Family..1st year beraye wifout Abg Is..Al-Fatihah!

Busu Diya yg always vogue de vass!

Mama Dan Baby - Comelnye!

    
Baby Fisha on 1st raya




Thursday, 4 August 2011

Cayang Mama

ANAK MAMA DAN AYAH...CAYANG FISYAA~~WIF ALL CINTA IN MY HEART!!!!

Tuesday, 2 August 2011

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadan

Assalamualaikum wbt.. dah masuk hari ketiga umat Islam di seluruh dunia berpuasa. 
Rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan selamat menyambut Ramadan 
kepada muslimin dan muslimat semua... 
Alhamdulillah sekali lagi kita dapat bertemu bulan penuh  keberkatan ini..
Mungkin ini Ramadan terakhir kita...takde siapa yang tahu.
.Jadi marilah sama-sama mengambil peluang ini untuk mengabdikan diri kita 
dengan menjalankan ibadat sebanyak mungkin..
Dan alangkah indahnya kalau kita berpeluang bertemu dengan Lailatul Qadar...malam 1000 rahmat!
Marilah kita giatkan usaha kita mendekati Allah...
dan semoga kita semua memperolehi rahmat dan keberkatan Ramadan tahun ini....

Sunday, 24 July 2011

Nur Cahaya

Waktunya hampir tiba..
Tak sabar dengan kehadirannya..
Ayah dan mama setia menanti..

Sayang mama..
Hadirlah segera..
Semoga dengan kehadiran NUR FAZRISYA AMARINA
Membawa sinar dan cahaya baru..
Dalam kehidupan ayah dan mama..

Sunday, 17 July 2011

Durian Ooo Durian

Durian - Pic Ihsan Google

Oh kome durian dah berbunga!!! Huhuhu tu antara bait2 lagu Mr. Os yang sangat melekat kat hati kita kan? Terutamanya bila sampai musim durian.. Dulunya saya bukan pemakan durian..Tapi sekarang...hurrmmm yummy!!! Sangat menyukainye pun!!!! (Ikut gaya AhCai yer)... Tiba sudah musim durian. Sana sini org jual durian. Ada yg murah ada yg mahal..Tapi terpulang laa masing2 nak beli yg mana 1..ikut kemampuan dan selera masing2...

Huhuhu tersangat laa hepinye sebab semalam puas hati dapat makan durian kampung yang sangat sedap dan murah....RM1 jer sebijik..ape lagi, hubby pun borong laa!! Adoiyaii walaupun sakit gigi saya balun jugak!! Sedapnyeee!!! Puas hati dapat makan.. Misi seterusnya mencari durian tembaga plak. Aci gitu??

Nasib la dapat hubby yg jugak suka makan durian. Eceli kebanyakan my siblings tak makan durian. Masa kecik2 dulu semuanya tutup hidung kalau ayah bawak balik durian. Kalau makan pun my eldest brother, ngan my kakak yang gojez aje!! Yg lain2 tak makan rasanya. Ingat dulu, my brother Iwan memang sangat laa tidak boleh bau durian or tempoyak ni. Dulu time die kecik2, kalau wat nakal arwah mak tak payah ugut nak rotan ke or libas dgn tali pinggang ke..nak tau ugut ngan ape?? "Mak sumbat ngan tempoyak ni kang!" Hahaha tempoyak pun leh jadi bahan untuk mengugut tau..Haissshh tetiba rindu mak!!! 

My besfren kat uitm pun hantu durian gak..dulu2 kalau dia makan saya wat dono aje!! So bila dapat tau saya da start makan durian dia pun terkejut!! Durian memang best kan!! Bila makan tuh mesti penuh perasaan laa..Wif all cinta in my heart...

Demam Gigi

Gigi saya kembali demam..Last 2 month saya dah cabut sebatang..And dis time memang kena cabut lagi sebatang..Tak sure cabut or wat sebab gigi bongsu saya yang sedang berlubang.. Dah la gigi belakang sekali, serpih plak, berlubang lagi, plak tu xfully tumbuh..kire separuh gusi aje!! Haisshh wiken yg baru ni dok la menderita sakit gigi sahaja...tak suke!! Cadangan nak pegi jalan2 ngan hubby tapi semuanya termati begitu sahajaa... Geraaaaammm!!! Sakit sangat!! 




Wednesday, 13 July 2011

K~A~R~A~O~K~E


Yes ofkoz..saya adalah kaki karaoke! Saya suka menyanyi dan mungkin perasan mempunyai suare yg sedap kot....kuang3x hampehs betul perasaan syiok sendiri tu kan? Tapi tak kisah laa..Asalkan leh menyanyi saya sangat happy. Dulu2 selalu berkaraoke ngan teman2 seperjuangan & sepergosipan Farrah, Dahlia, Anne, Zainal, Roy..Ngan housemate pun layaaaaankan juga karaoke ni dgn Nani, Ada & Kak Fizah.. wow seronoknya mengimbas zaman2 bujang dulu.... :)

Sekarang?? Eh masih sama..cuma geng berkaraoke je da lain.. Kalau kat opis ada geng. Selalu gi bertiga tapi yg menyanyi berdua aje..Sorang lagi malu!! Haiii saya lagi suke..lagi sikit yg menyanyi lagi saya suka..Bukan ape banyak la sikit lagu yg saya leh nyanyi kan...Hehehe sgt mementingkan diri sendiri kan?? Takpe..bukan selalu...sekali sekala aje..

Lagu ape saya suka nyanyi? Hurm  banyak lagu sebenarnya..Semua lagu pun layan.. Depends on mood pada hari yang berkaraoke tu laaa.. Kdg2 ada tema rock yeah yeah!! Kdg2 tema akak Ziana kite..(halamak baru taip nama akak Ziana dah kuar lagu Sekebun Cinta Yg Berbungaa plak)..mcm2 la lagu yg saya da try nyanyi..Lagu2 KRU masa muda pun saya balun...Maklumla saya kan  pengkaraoke yg tegar!! Ofkoz sume lagu saya nak nyanyiii...

Saya ni karaoke kat tempat yg murah2 aje..Tapi sound system best tau!!! Lagu pun banyak pilihan laa... Paling saya suka di Xanax Karaoke laa...mana lagi..di bangunan yg sama dgn opis saya laaa...Huhuhu ofis di Tingkat 9 dan karaoke di tingkat 3..hanya lif dan tangga yg memisahkan!! Dugaan!! Tapi kat sini syiok sbb selalu buat promosi yg saya rasa sungguh berbaloi laa... Pernah awal tahun dorang wat promosi RM12.90 utk 4 jam sesi karaoke bersama makan buffet..Tak gile ko?? Hahaha tapi sekarang promosi tu dah hbs..Dia da wat promosi baru..U buy 1 hour then u get free 1 hour..So ok laa~~~ sejam kalau small room baru RM20 ajer.. Suke2...

Lagi port best? Hurm kat Song Box di  East Coast Mall rasanya. Tapi kat sini mahal skit. RM28 for small room..Jarang laa dpt benefit kat sini tapi saya suka juga kat sini sebab die nyer pilihan lagu byk jugak.. Pilihan lain adalah di Wow Box..baru buka punye!! Tapi ape pun saya lebih memilih Xanax laa...Inbox Karaoke di Kuantan Parade pun saya rasa better dari Wow Box rasenye!! Ni pendapat saya laa kan!! Ikut saya laa saya nak karoke kat ne kan?? Huuhuhu

Wif all cinta in my heart, kawan2 bila nak karaoke lagi????

Tuesday, 12 July 2011

Kisah Kelapa Tua Yang Berjasa

Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topic perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macamtu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyakkoyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalahisinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak keseluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”

Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”Gulai dapat nama.

Ikan bawal dapat nama.Orang kata, “Oh! Sedap gulai ni.”“Oh! Sedap ikan bawal ni.”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta’abbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!
 

Bos Tada...

Bos tada..
Sangat epi..
Epi sampai taju kalii..
Boleh rileks..
Dari taju sitingah sampai pat sitingah..
Tada pressure..
Sangat epi lagi satu kali..

Pesanan utk my bos..
Pegi outstation lama sikit..
Pegi sampai taju ari...
Saya hati sgt senang!!

Vacation Mood

Vacation mood? Ofkoz laa..rasanya dah lama sangat tak pegi jalan2. Last jalan2 pun ke Pulau Pinang bulan Februari ari tu. Itu pun ada hal bukannya makan angin pun..Kalau takat balik Melaka tu bukan dikira jalan2 sebab balik umah mak mertua..tak tido hotel pun!! Hihihi aci gitu..2 me jalan2 is pegi melancong, mkn2, tido hotel kui2..soping2 ofkoz la kan..tipu la kalau deme ckp pegi jalan2 tapi tak soping..Tipu tipu tipu..Saya tidak percaya tauuu..Jgn tipuu!!!!

Nak pegi jalan2 mana yerk? Kakak saya yg gojez tu ajak pegi Hatyai..saya nak jugak pegi kan? Leh soping2!!! Uiiiiiiii ului tapai kakaiiii (hahaha mcm Nabil dlm ML)..hehehe seronok2 leh soping!!! Jom la kakak gojez kita pegi..Tapi duit nak kena byk skit laaa kot kan??? Haisshhh hubby pun nak sangat peginya. Nak2 pulak anak sulung die si Esyoh tu ada kan..musti bersemangat dia nak pi..kan abang kan?kan?kan?

Sekarang ni pun tiket Air Asia pun murah2 jugak...So leh la survey2 utk gi jalan2 jauh2 skit..So at least leh la menghilangkan stress sikit kan..Jalan2 itu kan satu therapy diri... Hihihiihi.. Niwei now tengah plan ngan my ofismet nak gi jalan sama2..Tapi destination tak confirmkan lagik. Medan pun mcm menarik kan Gee & Ika?? Ke awak nak gi Bali jugak Ika? Gi Bali ok jgn BALIK sudaahh hoccay!!!!!

Awak pulak nak gi mana Gee? Langkawi ke? Langkawi pun ok gak!! I on aje..asalkan boleh ape kawan2? Boleh sopingg!! Yeayyy!!! Soping walaupun tak banyak takpe..Asalkan soping...Hihihih iloikeeeee!!!

Selamat Beramal...

Renung-renungkan dan selamat beramal
  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. 

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

Sumber : Kopipes from emel

Wednesday, 6 July 2011

Sharing Is Caring Part 2

Perkara-perkara yang perlu diamalkan


  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
  • Selalu makan makanan yang panas2
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam2
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau
  • Selalu bersenam
  • Selalu menggunakan imajenasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  • Jangan mandi selepas 9.00 malam 

Sumber : Kopipes from emel